Ketika saya berjalan perlahan-lahan menuju ke lif di Tingkat 9, Hospital Umum Sarawak, ada seorang wanita muda berjalan dengan agak laju disebelah kiri saya.
Beberapa saat kemudian, dua pintu lif terbuka.
Pada mulanya saya hendak masuk dalam lif yang paling hampir dengan saya - tetapi entah mengapa hati saya tergerak untuk memasuki lif bersama wanita muda tersebut.
Ketika memasuki lif, saya memusing kepala saya untuk melihat butang yang ditekan oleh wanita muda tersebut.
Apabila saya melihat butang yang ditekannya ialah butang tingkat 2, saya terus masuk ke bahagian paling dalam.
Tidak lama selepas itu, pintu lif terbuka apabila sampai ke Tingkat 2.
Apabila kami keluar dari lif, saya cuba berbual dengan dia - bertanya apa tujuan dia di HUS.
Dia berkata dia menjaga kakaknya.
Saya bertanya apa penyakit yang dihidap oleh kakaknya sehingga dia terpaksa dimasukkan kedalam wad di HUS.
Wanita muda memberitahu :
- Pada awalnya, kakaknya demam.
- Tidak lama selepas memasuki hospital, kakaknya ditidurkan.
- Dia kemudian bangun dari tidur.
- Selepas bangun dari tidur, dia menjalani pemeriksaan di KPJ.
- Keputusan ujian menunjukkan kakaknya normal.
Saya kemudian bertanya sama ada ahli keluarga ada mendapatkan perkhidmatan perawat alternatif (mistik).
Wanita muda menjawab : "Ada."
Dia kemudian memberitahu tadi kakaknya ada tersenyum dihadapan suaminya (suami kepada kakaknya).
Semoga ALLAH swt memberi kesembuhan kepada kakak wanita muda yang sakit disebabkan serangan / gangguan mistik. Aameen.
p/s Saya di HUS kerana menziarahi ahli keluarga saya yang berada di Wad Lelaki, Tingkat 8.
No comments:
Post a Comment